Muzik video Pematah_Hati

Muzik video "Pematah Hati" diarahkan oleh dua pemuda dari Romania yang menggelarkan diri mereka sebagai The Storytellrs dan menampilkan pelakon Aedy Ashraf.[1] Bagi mempromosikan muzik video, Nabila membuat gimik putus cinta.[1] Ternyata cubaanya berjaya apabila ia menduduki tempat ketiga, muzik video paling ditonton di YouTube hanya selepas 24 jam ia dimuatnaik, malah berjaya meraih 500, 000 tontonan sejak dilancarkan. Nabila turut mensasarkan jumlah tontonan bagi muzik video "Pematah Hati" mencecah 1 juta tontonan.[1][4][5]

Selain Aedy, ia turut menampilkan selebriti dan personaliti termasuk Yaya Zahir, Syada Amzah dan Adriana Adnan.[5][6]

Sebutan 'Cumi'

Menurut Nabila, maksud perkataan ‘Cumi’ ini adalah satu ringkasan ayat menjadi ‘Cuba Miss Call’ dan menambah menarik lagi untuk menyedapkan lagi cara sebutannya. Malah perkataan ‘Cumi’ dalam bait lagu ini diulang sebanyak 36 kali.[7][8][9]

Versi parodi

Versi parodi muzik video "Pematah Hati" telah dipersembahkan oleh Jihan Muse, Shuk Balas dan Nasrizal Ngasri menerusi segmen Parodi meleTOP dalam rancangan MeleTOP.

Rujukan

WikiPedia: Pematah_Hati http://www.astroawani.com/berita-hiburan/cumi-cumi... http://www.gempak.com/artikel/7611/trending-baru-s... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pematah-hati... http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/pematah-hati-d... https://itunes.apple.com/us/album/pematah-hati-sin... https://liriklagubaik.blogspot.com/2017/07/lirik-l... https://www.karyahati.com/201713535 https://www.musixmatch.com/lyrics/Nabila-Razali/Pe... https://open.spotify.com/album/3AE13lccwchP1o4WsmX...